Wednesday, December 9, 2009

PANDUAN MENDAFTARKAN AHLI BARU @ DOWNLINE DI BAWAH ANDA

Saya akan terangkan langkah-langkah mudah untuk menaja downline dalam sistem HPM. Untuk permulaan saya ingin memaklumkan fakta dahulu kepada anda.


Fakta

Ahli HPM tidak boleh menyemak senarai downline secara online di internet kerana HPM tidak menyediakan kemudahan tersebut kepada downline. Oleh itu, untuk menyemak senarai downline atau belian sendiri dan belian downline boleh semak di penyata komisen yang akan dihantar kepada anda pada setiap bulan (jika anda telah membuat belian peribadi dan telah menaja downline yang seterusnya melayakkan anda untuk mendapat bonus)


Prosedur Belian/Tajaan Downline
Pelanggan buat belian/ tempahan produk guna email atau dengan mengisi borang belian manual.
Data-data penting akan diambil daripada pelanggan seperti berikut


Jika beli untuk diri sendiri:
Nama, No.KP, No.Telefon, Alamat tetap dan Alamat penghantaran jika berlainan dari alamat tetap. Produk dan kuantiti yang ditempah.
Jika beli melalui internet/email sertakan bukti bayaran


Cara bayar:
Cash Deposit - attachkan slip bank yang di scan.
atau
Transfer fund - Copy dan paste status pembayaran yang telah berjaya.

PANDUAN CARA BUAT PEMBAYARAN


Jika beli untuk downline atau mendaftarkan/menaja ahli baru:

Maklumat Penaja
Nama Penaja (nama anda), No. KP penaja (no. kp anda)

Maklumat downline
Nama, No.KP, No.Telefon, Alamat tetap dan Alamat penghantaran jika berlainan dari alamat tetap. Produk dan kuantiti yang ditempah.
Untuk jawapan kepada soalan anda:
1) Jika anda menaja downline secara by hand, apa yang anda perlu buat untuk daftarkan downline tersebut adalah buat tempahan produk melalui email dengan memberi detail-detail seperti di atas secara tersusun. Kemudian HPM akan daftarkan downline tersebut secara berkomputer dalam sistem HPM.
Anda boleh menggunakan borang ini untuk daftarkan downline tapi tambah Nama & No.KP Penaja (anda) di ruang akhir iaitu ruang Detail Pembayaran (copy & paste jika Transfer Fund).

2) Untuk order secara online atau byhand sekali pun, HPM akan menghantar produk yang di tempah secara percuma dengan Skynet Courier Express sama ada ke alamat anda atau terus ke alamat downline anda. (ikut alamat penghantaran yang diberi) cuma harga jualan kena mengikut kawasan semenanjung, sabah, sarawak & Langkawi harga berbeza.
Oleh itu, Pelanggan membayar harga produk kepada anda. Kemudian anda membayar pula kepada agen online (saya) berserta mengisi BORANG ORDER ONLINE. seterusnya HPM akan menghantarkan barang tersebut secara percuma!


Untuk makluman anda
Tempahan produk di BORANG ORDER ONLINE ini tidak mengenakan sebarang cas tambahan seperti yang dikenakan di belian online web HPM (cas tambahan sebanyak 3% dari harga belian) Anda juga tak perlu mendaftar untuk membuat tempahan online dan Anda boleh order produk dengan pelbagai (campur-campur).


Terima kasih